Sunday 25 November 2012

MARI BELAJAR MASA DAN WAKTU


Masa itu EMAS, sesaat  yang meniggalkan kita, tidak mungkin dapat kembali…. hargailah masa

Friday 16 November 2012

Wednesday 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H


Assalamualaikum..
Para sahabat dan taulan yang beragama Islam.Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434H. Semoga kita akan menjadi hamba yang diredhai Allah di dunia dan akhirat...
Bersama-samalah kita bersatu ke arah membentuk perpaduan dan berjihad ke jalan yang diredhai Allah.

Mari Mengenal Nombor Bulat

Mari mengenal nombor bulat bagi Tahun 1..:)




Perkembangan Matematik Di Malaysia


Berdasarkan kronologi sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kandungan isi pelajaran matematik telah beberapa kali mengalami perubahan. Antara perubahannya yang jelas dapat dilihat dari segi isi kandungan sukatan pelajaran sejak dari tahun 70'an hinggalah ke alaf baru ini. Perubahan ini berlaku adalah disebabkan dengan pelbagai faktor antaranya falsafah pendidikan pada masa itu, visi dan misi sistem pendidikan negara, perkembangan teori pembelajaran, globalisasi yang memberi kesan pada struktur sosial dan budaya setempat serta isu-isu semasa yang perlu diambilkira seperti politik, pasaran semasa dan ekonomi sesebuah negara.

Kurikulum matematik yang dilaksanakan sebelum tahun 70'an memberi fokus kepasa matematik tradisi. Pada ketika ini kurikulum matematik tradisi yang digunapakai di sekolah-sekolah pada amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hirarki tertentu. Pada ketika itu objektif pengajarnnya berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviourisme, yang menyebabkan matematik dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian diajar secara berasingan antara satu sama lain (Asiah Abu Samah, 1982). Dalam sukatan ini, ekmahiran asas yang menunjukkan perubahan tingkahlaku seperti ketetapan dan kelajuan kira mengira diberi penekanan. Segala pengiraan atau susunan algoritma (seperti dalam geometri Euclid) mestilah mengikut prosedur atau tertib tertentu. Pendekatan pengajaran pembelajaran begini sangat berkesan dalam meningkatkan kemampuan pelajar dari segi mengulangi algorithma atau orosedur matematik, tetapi tidak boleh digunakan untuk menerapkan pemikiran matematik yang lebih luas (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1996). Matematik pada ketika itu dianggap sebagai ilmu kira mengira. Segala fakta, petua dan hukum mesti dihafal oleh murid-murid. Maka pembelajaran matematik menjadi satu rutin menerima pengetahuan, menghafal pengetahuan dan membuat latih tubi supaya meningkatkan penghafalan (Ibrahim Md. Noh, 1995).

Apabila dasar dan falsafah pendidikan negara menjurus ke arah kemodenan, matematik tradisi telah berubah kepada matematik moden dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di Malaysia pada ketika itu. Matapelajaran matematik  Pilihan C yang dilaksanakan pada awal 70'an, telah diterapkan dengan unsur-unsur matematik moden (Asiah Abu Samah, 1982). Tajuk-tajuk moden seperti set, statistik, matriks, vektor dan sebagainya telah mula diajar di sekolah-sekolah. pendekatan Euclid dalam geometri dianggap tidak sesuai lagi, lalu dikeluarkan dari sukatan pelajaran dan digantikan dengan geometri transformasi. Pendekatan pengajaran pula ditekankan kepada pemahaman konsep, tanpa mengurangi kepentingan mengira.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang dilaksanakan sebelum 80'an dirancang berasaskan isi kandungan mata pelajaran. Isi kandungan itu pula kerap kali tidak berkaitan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain dan butiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran adalah terlalu banyak. keadaan ini membebankan dan membosankan pelajar. Secara umumnya, menguasai spenuhnya KLSR adalah di luar kemampuan banyak pelajar sekolah rendah. Antara kelemahan terbesar dalam KLSR dan KLSM ialah isi kandungannya terlampau memberi penekanan dalam persediaan untuk mencapai kecemerlangan kebendaan. Penekanan ini telah mewujudkan kepincangan dalam persediaan untuk kecemerlangan kerohanian. Daripada sudut pedagogi pula, KLSR dan KLSM memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran melalui pendekatan hafalan secara langsung atau tidak langsung dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kini kurikulum matematik KBSM telah digunapakai yang membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronok dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta cara pemikiran logik, kritis dan bersistem. Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Kandungan matematik diolah dalam tiga bidang yang berkaitan nombor, bentuk dan perkaitan (KPM, 1988).

3D Shapes Song