Pengenalan
Tajuk Pecahan kepada murid-murid memerlukan bahan bantu mengajar dalam
memudahkan pemahaman murid. Penerangan berikut boleh digunakan dalam
mengenalkan apa itu pecahan dalam langkah proses pengajaran dan pembelajaran
bagi tahun 1 (mengenal konsep satu perdua dan satu perempat).
1.Lukis sebuah kotak
segiempat sama
2.Bahagikan segiempat yang di
lukis kepada 2 bahagian yang sama
3.Warna
salah satu bahagian dengan
warna merah.
4. Sekarang kita boleh menulis pecahan
dari kotak yang merah.
- 1 /2 = 1 adalah pengangka, manakala 2 adalah Penyebut
- = satu perdua
- Ia juga dikenali sebagai SEPARUH atau SETENGAH
6. Bahagikan segiempat yang di lukis kepada 4 bahagian yang sama.
7. Warnakan satu bahagian dengan warna merah .
Sekarang kita boleh menulis pecahan dari kotak yang merah.
- 1 / 4 = 1 adalah pengangka, manakala 4 adalah Penyebut
- = satu perempat
- ia juga dikenali sebagai SUKU.
Selamat Belajar...
Kita juga boleh mengguna sebiji kek sebagai bahan bantu mengajar semasa pengajaran pecahan untuk menarik perhatian murid.
ReplyDeleteSaya setuju dengan komen cikgu. TQ
DeleteBahan P&P yang menarik dan pasti murid-murid akan rasa teruja untuk mencuba membuatnya. Tahniah dan teruskan usaha gigih cikgu itu.
ReplyDelete