Sunday 9 December 2012

PECAHAN - Mengenal Konsep Pecahan



Pengenalan Tajuk Pecahan kepada murid-murid memerlukan bahan bantu mengajar dalam memudahkan pemahaman murid. Penerangan berikut boleh digunakan dalam mengenalkan apa itu pecahan dalam langkah proses pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 1 (mengenal konsep satu perdua dan satu perempat).



1.Lukis sebuah kotak segiempat sama





2.Bahagikan segiempat yang di lukis kepada 2 bahagian yang sama


3.Warna salah satu bahagian dengan warna merah.



4. Sekarang kita boleh menulis pecahan dari kotak yang merah.

  • 1 /2  = 1 adalah pengangka, manakala 2 adalah Penyebut
  • = satu perdua
  • Ia juga dikenali sebagai SEPARUH atau SETENGAH



    5. Lukis semula sebuah kotak segiempat sama



6. Bahagikan segiempat yang di lukis kepada 4 bahagian yang sama.

7. Warnakan satu bahagian dengan warna merah .

Sekarang kita boleh menulis pecahan dari kotak yang merah.

  • 1 / 4 = 1 adalah pengangka, manakala 4 adalah Penyebut
  • = satu perempat
  • ia juga dikenali sebagai SUKU

Selamat Belajar...
   





3 comments:

  1. Kita juga boleh mengguna sebiji kek sebagai bahan bantu mengajar semasa pengajaran pecahan untuk menarik perhatian murid.

    ReplyDelete
  2. Bahan P&P yang menarik dan pasti murid-murid akan rasa teruja untuk mencuba membuatnya. Tahniah dan teruskan usaha gigih cikgu itu.

    ReplyDelete